Followers

Thursday 3 March 2011

~RAHSIA PERKAHWINAN~





~ Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul
~ Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam     persoalan lagi... Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan.
Cinta mestilah tidak melanggar batas-batas syariat. Jangan cinta menyebabkan kita berdosa kerana tidak melaksanakan apa yang diperintah ALLAH dan melanggar apa yang dilarangNYA.
‎"Cinta itu mesti dibina atas dasar cinta Allah". Cintailah sesiapa pun tetapi mestilah kerana Allah. Namun, meletakkan cinta hanya kerana Allah tidaklah menghalang meletakkan cinta kepada yang lain. Apa tandanya kita mencintai seseorang atas dasar "cinta Allah" ??
Hati memerlukan cinta sama seperti jasad perlukan makanan. Anehnya apa yang kita rasai tidak semestinya kita fahami. Lalu apakah sebenarnya cinta itu ???
CINTA : Ungkapan Disebalik Rasa Ungkapan cinta sememangnya intim dalam kamus kehidupan insan. Namun begitu, bukan bermakna kita sudah mempunyai pengertian yang tepat mengenainya. Akibatnya cinta seringkali disalah tafsiran. Salah tafsiran mendorong kepada salah tindakan.
Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkan kepada manusia bersujud kepada manusia lain, aku akan perintahkan para isteri untuk bersujud kepada suami mereka karena besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka. [HR. Tirmidzi]
Cinta adalah saling membahagi. Cinta tidak akan diperoleh kalau yang ditebarkan adalah kebencian. Kasih sayang tidak akan dapat diraih bila yang disuburkan adalah dendam dan kekecewaan.
Banyak suami mahupun isteri yang menuntut agar pasangan masing2 membahagiakan mereka. Jarang terpikir oleh mereka bagaimana membahagiakan suami/isteri. Padahal cinta dan kasih sayang akan tumbuh dan subur dalam suasana memberi bukan mengambil.
Di luar rumah, sang suami boleh jadi digoncangkan oleh berbagai kesulitan, ia menemukan wajah-wajah tegar, mata-mata tajam, ucapan-ucapan kasar, dan pergumulan hidup yang berat. Dia ingin ketika pulang ke rumah, disitu ditemukan wajah yang ceria, mata yang sejuk, ucapan yang lembut dam berlindung dalam keteduhan kasih sayang seorang isteri.
Seorang isteri boleh memberi apa saja yang ia miliki. Tetapi, bagi seorang suami, tidak ada pemberian isteri yang paling membahagiakan selain dari hati yang selalu siap berbagi kesenangan dan penderitaan.
Laki-laki adalah pemimpin di tengah keluarganya, dan ia harus mempertanggung jawabkan kepemimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan ia harus mempertanggung jawabkan kepemimpinannya - [HR Bukhori dan Muslim]
~ UCAPAN TERAKHIR RASULULLAH SAW - Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

~ UCAPAN TERAKHIR RASULULLAH SAW - Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Bila cinta sesama manusia itu hilang dan pergi sememangnya apabila ianya kembali tak akan seperti dulu lagi, tapi cinta pada ALLAH apabila ianya kembali semula akan membuka lembaran baru dalam hidup kita, kerna ianya lebih murni dan nikmat dari sebelumnya....insya-ALLAH.
~ Cinta yang pergi akan kembali kalau kita usahakan bersungguh-sungguh untuk ianya kembali...Dan cinta yang kini telah kembali tercipta akan lebih teguh dan murni dari cinta sebelum ini sekiranya kita menjaga, menyemai dan membelainya lebih dari sebelumnya...insya-ALLAH

No comments:

Post a Comment